Selasa, 19 Januari 2010

Cobaan Masakan Baru

Nasi Minyak + Ayam masak Merah + Telor Dadar


Huhu macam kelako jer kan...ni adalah cobaan pertama aku dalam dunia masakan, tengah2 tension ni, macam2 idea aku nak masak...k ni la masakan aku untuk kali ni,


bile buka rice cooker ni, peh wangiii siot..memang menjadi, tapi hampeh lembik, ukuran air salah...aku pun kena tunggu beberapa minit untuk memastikan kering...tapi ok lah, dia menjadi gak...adik aku pun puji...sedap rr kak nana. menjadi gak kan...huhu kelako...
family aku pun layan masakan aku, kering gak beb, habis sehingga menjilat jari, gelik huhu...nasi lembik pun lembik la, tapi laaayyaaann..



Rabu, 13 Januari 2010

Tangisan Awal Tahun

 
~Ya ALLAH...aku perlukan kekuatan~
Ya Allah, aku perlukan kekuatan untuk ini semua, aku insan yang lemah, yang tidak kuat untuk hadapi ini semua...

hati terhimpit, terlalu sedih sangat, tiada kata-kata yang dapat gambarkan kesedihan hati yang terlalu mendalam, sakit yang teramat. mungkinkah ini ade hikmahnyer, tapi ape sebenarnye akan berlaku, di kala hati terlalu sakit, hanya luahan kata-kata dan tangisan yang mampu menenangkan hati dan jiwa perasaan ini.

Mungkin orang yang baca akan kata bodoh kepada kite, kerana xmampu menahan dugaan, tapi kesabaran yang ade dalam diri sudah sampai tahap yang melampau, aku tertekan dengan dunia kewangan...dari jauh sudut hati aku selesa dengan kerja yang aku buat, tapi tahukah ape yang aku rasa??? Jujur ya allah, aku bersyukur kerana impian ku di dalam pengurusan akaun tercapai, tapi dengan ilmu yang ade dan pangkat yang diberi, aku tak mampu unutk buat ini semua..

memang dari sudut lain orang kata untuk menambah ilmu di dalam perakaunan, tapi ape yang berlaku, seolah-olah aku membuat sesuatu yang memudahkan orang mendapatkan faedah sendiri, ya allah jahat kah aku, tapi aku tak tahu, hati ku di himpit dengan perasaan yang terlalu sedih yang teramat, bukan aku tidak suka membuat kerja yang di arahkan tapi semua tanggungan yang aku tanggung terlalu banyak, aku tak kuat ya allah...

Di saat aku perlukan kawan sekerja yang dapat membantu di dalam kewangan (Dhenuka) dia cuti kahwin, dan aku tak pernah salahkan dia, dia dah banyak tolong aku, dia lagi teror dari aku, mungkin kelebihan aku, cuma tahu sedikit lebih dalam sistem, tapi dalam perakaunan dia lebih hebat, tetapi kini sehingga seminggu, dia tiada bersama aku...

aku tahu, aku perlu happy dengan perkahwinan dia, aku happy, tapi aku menagis dengan tanggungan kerja yang aku hadapi, kenapa semua ini aku yang kena tanggung, sedangkan aku mempunyai seorang akauntan yang juga menanggung kerja orang lain, dan bakal memperolehi hasil tu...tapi kami ni ape...dunia yang terlalu berbeza, hanya tangisan yang dapat menggambarkan segalanye...

aku nak luahkan semuanye pada yang sudi dengar, tetapi aku sendiri tidak tahu untuk menyusunkan kata-kata menggambarkan perasaan aku, aku terlalu sedih, orang yang tersayang juga jauh dari aku, kalau dulu bila sedih macam ni, aku akan pinjam bahu dia, dan akan menangis, sebab aku sedar aku tiadak kuat seperti yang di sangkakan, aku memang seorang yang heppy dan akan membuat orang lain hepy, tetapi hati aku, mampukan orang berikan kebahagian pada hati aku...aku terlalu sedih hari ni...

seolah-olah ape yang aku buat, tiada ape yang dapat, sekadar ucapan terima kasih yang terpaksa dibuat, tapi pernah ke dorang rasa kesusahan payah yang aku dan semua orang lain buat, mungkin orang kata aku terlalu rajin untuk datang bekerja pada hujung minggu, tapi pernah ke orang terfikir hati aku yang merasa semua ni,,,memang terlalu berkias, tapi aku sendiri tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan aku, aku terlalu sedih teramat sedih, dan untuk pertama kalinyer tahun 2010..air mata kecewa, sedih dan teramat menyakitkan, aku terlalu sedih dengan kehidupan yang berlaku...aku terlalu sedih...akan ku jadikan kenangan, biarla air mata yang mengalir ini sebagar sumber pembakar semangat dalam hidup ku...selama ini aku menengakan hati dhenuka untuk bersabar, tapi kini sape yang akan memberikan kekuatan dalam hidupku yang perlukan kekuatan dan kehidupan ini, ya Allah aku mohon pada mu, kuatkanla hatiku, semangatku, untuk hadapi ini semua...pada mu ku berserah...moga semua nyer berjalan lancar dan dipermudahkan kerja untuk ku...aku perlukan Mu di sisi ku...Amin...

Rabu, 6 Januari 2010

xxx adakah cinta ku bertasbih xxx



KETIKA CINTA BERTASBIH (Melly Goeslow ft Amee)
Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu


Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit


Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta



xxx hahahk aku betul2 jatuh hati dengan lagu ni, hati aku merundum sedih setiap kakli aku menyanyi, terdengar dan mendengar...huhuhu

Sabtu, 2 Januari 2010

**** HEPI NEW YERRR ****

Huuummmmm...akhirnyer...masuk tahun 2010...tapi menyedihkan bile sambut new year kat opis...sangat sedih dulu, suke sangat nak new year...malam new year tunggu bunga api...bile meletup jerk...hurayyyy...happy new year....yahooo salamat tahun baru...tapi sekarang ni...hanya tuhan je tahu...sedih banget...Malam new year krisis plak dengan yang tersayang, tapi sib baik pagi new year dah ok...tapi yang paling menyedihkan, keje..keje...sedihnyerrr...dengan ilmu yang ade aku bukanyer teror nak buat akaun, tapi nape mesti aku jugak yang kena tanya, kena marah..moga tahun 2010 ni, akan jadi lebih baik dari tahun lepas...huhuhu
menikmati pizza bos belanja + topap sikit..
Emm pagi2 dah kena marah tapi hepy2 kan diri dengan makan domino....

jumaat dah datang sabtu pun datang lagi, nasib badan jadi penolong akauntan...kalau jadi N27 kan best, hanya berfikir untuk pentadbiran jerk...