Rabu, 13 Januari 2010

Tangisan Awal Tahun

 
~Ya ALLAH...aku perlukan kekuatan~
Ya Allah, aku perlukan kekuatan untuk ini semua, aku insan yang lemah, yang tidak kuat untuk hadapi ini semua...

hati terhimpit, terlalu sedih sangat, tiada kata-kata yang dapat gambarkan kesedihan hati yang terlalu mendalam, sakit yang teramat. mungkinkah ini ade hikmahnyer, tapi ape sebenarnye akan berlaku, di kala hati terlalu sakit, hanya luahan kata-kata dan tangisan yang mampu menenangkan hati dan jiwa perasaan ini.

Mungkin orang yang baca akan kata bodoh kepada kite, kerana xmampu menahan dugaan, tapi kesabaran yang ade dalam diri sudah sampai tahap yang melampau, aku tertekan dengan dunia kewangan...dari jauh sudut hati aku selesa dengan kerja yang aku buat, tapi tahukah ape yang aku rasa??? Jujur ya allah, aku bersyukur kerana impian ku di dalam pengurusan akaun tercapai, tapi dengan ilmu yang ade dan pangkat yang diberi, aku tak mampu unutk buat ini semua..

memang dari sudut lain orang kata untuk menambah ilmu di dalam perakaunan, tapi ape yang berlaku, seolah-olah aku membuat sesuatu yang memudahkan orang mendapatkan faedah sendiri, ya allah jahat kah aku, tapi aku tak tahu, hati ku di himpit dengan perasaan yang terlalu sedih yang teramat, bukan aku tidak suka membuat kerja yang di arahkan tapi semua tanggungan yang aku tanggung terlalu banyak, aku tak kuat ya allah...

Di saat aku perlukan kawan sekerja yang dapat membantu di dalam kewangan (Dhenuka) dia cuti kahwin, dan aku tak pernah salahkan dia, dia dah banyak tolong aku, dia lagi teror dari aku, mungkin kelebihan aku, cuma tahu sedikit lebih dalam sistem, tapi dalam perakaunan dia lebih hebat, tetapi kini sehingga seminggu, dia tiada bersama aku...

aku tahu, aku perlu happy dengan perkahwinan dia, aku happy, tapi aku menagis dengan tanggungan kerja yang aku hadapi, kenapa semua ini aku yang kena tanggung, sedangkan aku mempunyai seorang akauntan yang juga menanggung kerja orang lain, dan bakal memperolehi hasil tu...tapi kami ni ape...dunia yang terlalu berbeza, hanya tangisan yang dapat menggambarkan segalanye...

aku nak luahkan semuanye pada yang sudi dengar, tetapi aku sendiri tidak tahu untuk menyusunkan kata-kata menggambarkan perasaan aku, aku terlalu sedih, orang yang tersayang juga jauh dari aku, kalau dulu bila sedih macam ni, aku akan pinjam bahu dia, dan akan menangis, sebab aku sedar aku tiadak kuat seperti yang di sangkakan, aku memang seorang yang heppy dan akan membuat orang lain hepy, tetapi hati aku, mampukan orang berikan kebahagian pada hati aku...aku terlalu sedih hari ni...

seolah-olah ape yang aku buat, tiada ape yang dapat, sekadar ucapan terima kasih yang terpaksa dibuat, tapi pernah ke dorang rasa kesusahan payah yang aku dan semua orang lain buat, mungkin orang kata aku terlalu rajin untuk datang bekerja pada hujung minggu, tapi pernah ke orang terfikir hati aku yang merasa semua ni,,,memang terlalu berkias, tapi aku sendiri tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan aku, aku terlalu sedih teramat sedih, dan untuk pertama kalinyer tahun 2010..air mata kecewa, sedih dan teramat menyakitkan, aku terlalu sedih dengan kehidupan yang berlaku...aku terlalu sedih...akan ku jadikan kenangan, biarla air mata yang mengalir ini sebagar sumber pembakar semangat dalam hidup ku...selama ini aku menengakan hati dhenuka untuk bersabar, tapi kini sape yang akan memberikan kekuatan dalam hidupku yang perlukan kekuatan dan kehidupan ini, ya Allah aku mohon pada mu, kuatkanla hatiku, semangatku, untuk hadapi ini semua...pada mu ku berserah...moga semua nyer berjalan lancar dan dipermudahkan kerja untuk ku...aku perlukan Mu di sisi ku...Amin...

2 ulasan:

  1. zah, sian zah, sedih lak kak izz baca ni..
    nak tolong, x dapat... sabar je la ye..
    kalo zah yg happy go lucky ni tensyen mcm ni, maknenye memang betul dasyat tensennye ni..
    takpe la zah, setiap kesusahan tu pasti ada kesenangan, insyaAllah.. Allah dah janji tuu.. moga dipermudahkan segala urusan, amiinnn..

    BalasPadam
  2. YA ALLAH YA TUHAN KU...
    ''permudahkan la segala urusan hambamu ini...kuatkan lah hati hambamu ini...
    Yang baik itu datang dari mu, yg buruk itu juga datang darimu.kepadaMu aku berserah..

    BalasPadam