Selasa, 26 Februari 2013

~26 Februari 2013~

Mengimbas kembali..2 tahun dahulu..masih teringat dan terngiang2 lagi..segala persiapan dan setiap detik manis untuk dilalui bagi ~Majlis Syurga Cinta~
*
*
*
 
Alhamduliilah, 26 Februari 2011, aku telah sah jadi isteri kepada En. Muzamil Bin Abdul Manap..sedih sangat, sebab tanggungjawab dah bertambah, hihihik..moga juga menjadi isteri yang solehah dan dipermudahkan masuk syurga..amin..

orang kata majlis pernikahan adalah majlis yang tidak boleh dilupakan, dengan sweet moment la, air mata mengalir terharu la..blah..blah..blah... memang tak dinafikan semua itu terjadi selepas aku sah menjadi isteri'nya'..

Tapi part yang sangat sedih..time majlis aku, bapak aku jatuh sakit, yang tetiba xlalu makan...memang tak makan nasi langsung, kurus sangat (sekarang dah gemuuk semula)...memang aku tak sampai ati sangat tengok..kalau sebelum ini, bapak aku, selalu praktis untuk menjadi wali nikah kan aku..aku hanya gelak dan terasa time tu kelakar sangat..tapi aku memang xsangka..bapak aku tak kesampaian untuk nikahkan aku...dia hanya terbaring di dalam bilik..hanya mendengar bisikan kami diruang tamu..aku dinikahkan bersaksikan wali hakim...

Ya Allah..masa tu hanya Engkau sahaja memahami perasaan ku...aku menahan untuk mengalirkan air mata ku..tapi orang ingat aku akan menangis terlalu gembira..tapi jauh di dalam benak hati aku..aku teringin tangan yang menggoncangkan tangan bakal suamiku ketika melafazkan akad nikah itu adalah bapak aku sendir (seperti kakak aku)..tapi..cukup la sekadar doa nya sahaja aku miliki...tapi aku tetap bersyukur walaupun dalam kesedihan...

**************

 
Ulang Tahun Perkahwinan yang Kedua...(2nd Anniversary) pada
 26th Februari 2013..

 
Buat suamiku tersayang (ewah)...

Moga terus sabar dan tabah mengharungi kehidupan bersama walaupun kite masih berjauhan dan masih menunggu kehadiran 'cinta si kecil' sebagai penyeri hidup kite bersama...Moga rezeki itu, makin dekat untuk kita...
 
...Ya Allah..Mohon supaya pintu rezeki kami dibuka, rezeki kami dimurahkan...Mohon juga doa kengkawan semua...Moga En. Suami dimurahkan rezeki dapat pekerjaan di Kuala Lumpur..Moga juga kami dimurahkan rezeki dikurniakan cahaya mata...
 
Ya Allah..Mohon Syafaat dari-Mu...dan Nabi Muhammad s.a.w...Kebahagian di dunia dan di akhirat..Aminnnn~
 

"Sesungguhnya, Allah s.w.t tidak akan menguji hambanya sekiranya, hambanya itu tidak kuat...dan kita yang diuji ini sangat bertuah kerana Allah sentiasa sayang dengan kite...dan Allah tahu kite adalah hambanya yang Sangat Kuat untuk terus sabar dan tabah untuk harungi dugaan yang diberikan oleh-Nya..hanya pada Mu aku memohon yang terbaik untuk Kami berdua, demi agamaku, keluargaku..saudar-saudara seagamaku..Amin y.r.a.....
 

Nota Kaki : 1st Anniversary