Sabtu, 6 Jun 2015

26 Februari 2015


Alhamdulillah 26 Februari 2015..diberi lagi kesempatan bernafas dibumiMu..dan Alhamdulillah..Ya Allah Engkau masih menguatkan rasa rindu, kasih dan sayang untuk suamiku..Muzamil Bin Abdul Manap..dan hanya KAU sahaja yang tahu bila dan saat nya untuk kami akan dianugerahkan keindahan dalam kehidupan bersama ini. 
 
Buat suamiku dan imamku...
Terima kasih kerana abang masih menerima sayang seadanya. walaupun kini telah 4 tahun bersama menjalani kehidupan suami isteri yang sentiasa berjauhan dan hanya mampu bertemu setiap hujung minggu dan kadang kala sukar untuk berjumpa dengan keadaan ekonomi dan kehidupan serta tangungjawab kita. 

Buat suamiku dan imamku..
Sesungguhnya sukar untuk menghadapi kehidupan ini ..saat ku memerlukan bahu kamu ketika bersedih, saat aku perlukan kamu ketika ingin melepaskan kemarahan, kebencian stress dalam kehidupan, namun kita hanya mampu berbicara melalui teknologi..dengan icon..emotion yang menggambarkan perasaan ketika itu..moga ini menjadi penguat lagi rasa rindu dan kasih kita bersama..

Semoga kita terus sabar dan tabah mengharungi kehidupan bersama walaupun kite masih berjauhan dan masih menunggu kehadiran 'cinta si kecil' sebagai penyeri hidup kite bersama...Moga rezeki itu, makin dekat untuk kita...
 
Ya Allah..Mohon agar pintu rezeki kami dibuka, rezeki kami dimurahkan, rezeki kami dimudahkan, rezeki kami diturunkan...rezeki kami dikeluarkan...Mohon juga doa kengkawan semua...Moga En. Suami dimurahkan rezeki dapat pekerjaan di Kuala Lumpur..Moga juga kami dimurahkan rezeki dikurniakan cahaya mata..terima kasih semua... 
 
Ya Allah..Mohon Syafaat dari-Mu...dan Nabi Muhammad s.a.w...Kebahagian di dunia dan di akhirat..Aminnnn~


HAPPY ANNIVERSARY SUAMIKU..IMAMKU
 

"Sesungguhnya, Allah s.w.t tidak akan menguji hambanya sekiranya, hambanya itu tidak kuat...dan kita yang diuji ini sangat bertuah kerana Allah sentiasa sayang dengan kite...dan Allah tahu kite adalah hambanya yang Sangat Kuat untuk terus sabar dan tabah untuk harungi dugaan yang diberikan oleh-Nya..hanya pada Mu aku memohon yang terbaik untuk Kami berdua, demi agamaku, keluargaku..saudar-saudara seagamaku..Amin y.r.a.....

~Abang, sorry tahun ni sibuk sangat sampai lupa nak wish..nak update..hihi..style rambut abang sekarang sangat owwsome..I  LOVE U

Nota Kaki:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan